Jenayah

Pencuri leka umpil kereta

SEREMBAN: Dua lelaki yang sedang leka mengumpil sebuah kereta di Taman Jasper di sini, ditangkap apabila perbuatannya disedari anggota polis yang sedang membuat rondaan.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Thiew Hock Poh berkata, dalam kejadian Selasa lalu, tindakan pantas anggota polis Unit Ronda Bermotosikal (URB) itu berjaya menahan kedua-dua lelaki berusia 40 dan 43 tahun di tempat kejadian.

Beliau berkata, kejadian itu adalah kesinambungan laporan polis membabitkan kejadian berasingan dua kenderaan jenis Toyota Hilux yang diumpil pada 6 dan 7 November lalu.

“Disebabkan perbuatan itu, beberapa barangan berharga milik mangsa hilang dipercayai dicuri. Kejadian berlaku di dua lokasi berbeza iaitu di kawasan parkir Pasaraya Mydin Seremban 2 dan di taman perumahan Taman Jasper.

“Bertindak atas maklumat itu, anggota URB berjaya mengesan kegiatan suspek dan merampas beberapa barang peralatan untuk mengumpil kereta,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, kedua-dua suspek telah dituduh di Mahkamah Majistret Seremban di bawah Sekseyen 379 (A)/511 Kanun Keseksaan.

Menurutnya, jika disabit kesalahan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak kurang dari satu tahun dan tidak lebih tujuh tahun serta denda.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");