Isu Panas

Mahathir, Muhyiddin pengkhianat Umno

KUALA LUMPUR – Tindakan bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyatakan sokongan kepada parti pembangkang dianggap sebagai pengkhianat kepada parti.

Perwakilan Wilayah Persekutuan, Datuk Mohd Rafi Ali Hassan berkata, krisis perpecahan bangsa dan kaum di negara berlaku disebabkan oleh dua bekas pimpinan Umno tersebut yang menyatakan sokongan untuk bersama DAP.

“Setelah mereka menghuru-harakan negara, mereka kini kononnya bersatu dan duduk bersama parti rasis (DAP).

“Saya setuju dgn kenyataan presiden yang mengatakan bahawa dua bekas pemimpin Umno inilah punca perpecahan kaum di negara ini,” katanya ketika membahaskan usul ucapan dasar Presiden di Perhimpunan Agung Umno 2016, semalam.

Mohd Rafi berkata, Mahathir dan Muhyiddin sanggup turun ke jalanan yang dilihat bertentangan dengan tuntutan agama dan perundangan negara ini.

Katanya, masa depan Melayu akan tergugat sekiranya perkara ini berterusan dan tidak ditangani dengan segera.

“Perlembagaan negara kini dipertikai dan diperkosa serta turut menjadi bahan permainan.

“Dua individu ini(Tun Mahathir dan Muhyiddin) layak kita panggil pengkhianat kepada bangsa Melayu,” katanya.

Jesteru itu, Mohd Rafii memaklumkan bahawa Umno Wilayah Persekutuan mencadangkan supaya kepimpinan di peringkat cawangan Umno perlu diperkasakan bagi memastikan parti terus subur.

Selain itu, beliau berkata, semua pemimpin dan ahli parti perlu kembali berpegang kepada cogan kata bersatu- padu dalam di semua peringkat.

“Hentikan perpecahan, perbalahan dan tinggalkan kepentingan peribadi jika sayangkan bangsa serta parti keramat ini,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");