Berita Hari Ini

Penduduk dinasihat waspada ombak besar

KUALA NERUS: Ombak besar di kawasan Pantai Tanjung Gelam di sini, sejak petang tadi menyebabkan hakisan semakin hampir dengan rumah penduduk.

Pegawai Pengurusan Bencana, Operasi dan Logistik Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri, Lt (PA) Norasmawi Abdul Mutalib, berkata berdasarkan pemantauan hingga jam 10 malam tadi, ombak sudah mencecah 2.5 meter.

“Seramai empat anggota APM membuat rondaan di sepanjang kawasan Pantai Tanjung Gelam, Mengabang Telipot, sejak jam 8 malam tadi dan kami dapati ombak besar mengakibatkan beberapa kawasan terhakis teruk sehingga sudah sangat hampir dengan beberapa rumah penduduk.

“Oleh itu, kami menasihatkan penduduk yang terjejas mengambil langkah berjaga-jaga dan segera berpindah ke rumah keluarga atau jiran berdekatan bagi mengelak kejadian tidak diingini,” katanya.

Setakat ini, sebuah keluarga sudah dipindahkan lewat petang tadi selepas kediaman mereka rosak dipukul ombak besar.

Norasmawi berkata, orang ramai dinasihat supaya tidak berada di tepi pantai sekiranya fenomena ombak besar terus berlaku.

“Ketika rondaan dan pemantauan dilakukan, kita dapati ramai berada di tepi pantai. Keadaan ini seharusnya dielakkan atas faktor keselamatan.

“Justeru, kita menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dan tidak berada terlalu dekat dengan pantai,” katanya.

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");