Berita Hari Ini

PM terima kunjungan hormat anggota LPPR

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini menerima kunjungan hormat anggota Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) di pejabatnya di Bangunan Perdana Putra di sini.

Mengetuai rombongan itu ialah Pengerusi LPPR, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim, bersama tujuh anggota LPPR, iaitu Tan Sri Dr Hadenan Abdul Jalil, Tan Sri Musa Hassan, Datuk Mohd Noor Abdullah dan Tan Sri Dr Michael Yeoh Oon Kheng, Prof Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak, Datuk Dr Mohd Tap Salleh dan Datuk Dr Hamzah Kassim.

Dalam perjumpaan kira-kira 30 minit itu, Najib dan anggota LPPR bertukar pandangan mengenai cadangan penambahbaikan dalam usaha memantapkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pembentukan LPPR diwujudkan bertujuan untuk memastikan ketelusan dan akauntabiliti dalam keseluruhan perjalanan SPRM. – BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");