Isu Panas

MP BN nafi ceramah bersama presiden Pas

SABAK BERNAM – Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh menangkis tomahan kononnya beliau terlibat secara langsung pada program ceramah perdana anjuran Pemuda Pas Tebuk Mufrad seperti dalam risalah yang sedang viral di media sosial, sejak petang semalam.

Mohd Fasiah memuat turun status di Facebooknya kira-kira jam 9 malam semalam menegaskan tidak tahu menahu berkenaan program terbabit dan memandang serius isu berkenaan.

“Saya meminta mana-mana individu yang mendapat risalah agar mengabaikannya sahaja,” katanya.

Risalah itu mengaitkan Mohd Fasiah sebagai penaja utama bagi jamuan makan pada program ceramah yang diadakan di Markas Pas Tebuk Mufrad pada 25 Disember ini.

Risalah itu antara lain turut menyatakan masa ceramah berlangsung bermula pada jam 9 malam hingga 2 pagi dan turut dihadiri dua penceramah iaitu Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Shahrul Efendi Tarekat.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");