Membawang Hari Ini

Puth rasa tertipu

Cinta di antara pasangan selebriti ini baru saja berputik, namun akhirnya tidak kesampaian selepas penyanyi Charlie Puth mendapati aktres Bella Thorne menipunya.

Menurut Daily Mail, Thorne dipercayai masih menjalin hubungan dengan Tyler Posey selepas berkongsi sekeping gambar memeluk bintang Teen Wolf itu di Instagram, baru-baru ini.

Berikutan itu, Puth, 25, seolah-olah sukar menerima kenyataan itu dan mula memuat naik beberapa siri status di laman sosial Twitter, Rabu lalu.

“Dia (Thorne) memberitahu sudah tidak bersamanya (Posey) lagi. Ini berita baru bagi saya.

“Saya sukar mempercayai apa saya yang saya baca. Tiada siapa perlu dipermainkan seperti ini dan saya tidak mahu terbabit dalam masalah ini,” tulisnya.

Penyanyi We Don’t Talk Anymore itu berkata tidak mengenali Posey secara peribadi dan berpendapat pelakon itu juga tidak seharusnya menerima layanan sebegitu.

Ahad lalu, Puth dan Bella, 19, keluar bersama di Florida dan mereka kelihatan seperti pasangan kekasih.

Kemudian, pasangan itu hadir bersama di karpet merah iHeartRadio Jingle Ball 2016 diikuti persembahan Puth.

Sumber berkata, walaupun Puth menjelaskan hubungannya dan Thorne sekadar rakan, penyanyi itu menujukkan lagu persembahan keduanya kepada aktres terbabit yang pada ketika itu berdiri di tepi pentas.

Bagaimanapun, Daily Mail mendedahkan Thorne didapati bersama Posey di Las Vegas kira-kira dua minggu lalu.

Walaupun Thorne tidak menjelaskan perkara sebenar, dia memberitahu seorang peminat tidak pernah tinggal bersama Poser.

“Kami sentiasa bersama tetapi bukan tinggal sebumbung. Ia sekadar khabar angin dan jangan mempercayai apa media lapor,” katanya.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");