Jenayah

Remaja maut depan tempat kerja

KAMPUNG AUR: Seorang remaja maut di depan warung tempat kerjanya apabila motosikal ditungganginya merempuh lori yang diparkir di tepi kiri jalan berkenaan malam tadi.

Muhammad Khairul Amali Husin,17, ketika itu dari arah Kampung Aur ke Melawi dalam perjalanan untuk ke tempat kerjanya namun dia dikatakan ingin singgah ke bengkel berdekatan untuk membaiki motosikalnya.

Mangsa dikatakan amat rapat dengan abang angkatnya, Waliyul Amri Wahab, 25, dan sering mengikuti lelaki itu ke mana sahaja termasuk menjalankan aktiviti kemasyarakatan di sekitar daerah ini.

Waliyul Amri yang lebih dikenali sebagai Padil berkata, kali terakhir dia berbual dengan adik angkatnya itu pagi semalam ketika dia meminta Muhammad Khairul membelikan surat khabar Sinar Harian di Kandis.

“Allahyarham seorang remaja yang baik, sering memakai kopiah dan sering mengikuti saya menjalankan aktiviti kemasyarakatan di sekitar kawasan ini.

“Dia sering mengikut saya bergotong-royong membersihkan tanah perkuburan dan menampal poster aktiviti setempat dan mengikut saya mendengar ceramah agama setiap Jumaat di Kota Bharu.

“Saya tak sangka pagi tadi kali terakhir kami berbual bersama ketika saya minta dia belikan surat khabar Sinar Harian. Petang tadi pun kami ada berselisih berdekatan rumah ketika dia bermotosikal di kawasan rumah kami,”katanya yang tinggal berdekatan kediaman keluarga mangsa.

Padil berkata, Allahyarham adalah anak sulung daripada tiga beradik dan bekerja sambilan di warung makan berdekatan perumahan Orang Kurang Upaya (OKU) Kampung Aur.

Difahamkan, ibu bapa mangsa adalah OKU yang tinggal di perumahan OKU dan ibunya masih trauma kerana amat terkejut dengan kejadian itu.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");