Sukan Hari Ini

Sam Allardyce Pengurus Baharu Crystal Palace

KONTROVERSI yang menyelubungi Sam Allardyce ketika bergelar sebagai pengurus England tidak menghalang dirinya untuk terus berkecimpung dalam dunia pengurusan bola sepak apabila bersetuju untuk menerima tawaran menjadi pengurus Crystal Palace.

Allardyce yang terkenal sebagai pakar penyelamat kelab yang bergelut di zon penyingkiran, dilapor menerima tawaran kontrak bernilai A2.5 juta pound (RM13 juta pound) selama dua tahun setengah untuk menggantikan Alan Pardew yang dipecat oleh kelab berkenaan.

Meskipun terpalit skandal penyalahgunaan kuasa ketika menguruskan England dalam 65 hari sahaja, Crystal Palace percaya Allardyce merupakan individu yang tepat untuk memulihkan prestasi tidak menentu pasukan tersebut yang kini menduduki tangga ke-17 , hanya satu tangga sebelum memasuki zon penyingkiran Liga Perdana Inggeris.

Di bawah kendalian Pardew, Crystal Palace hanya menang satu dalam lima perlawanan terakhir dan kini mengumpul 15 mata selepas 17 perlawanan liga, dipisahkan satu mata berbanding Sunderland yang menghuni tangga ke-18 liga.

Berdasarkan tawaran kelab itu, Allardyce akan menerima bonus sebanyak dua juta pound (RM10 juta) sekiranya berjaya menyelamatkan Crystal Palace daripada tersingkir ke liga bawahan.

Selain itu, dia akan diberikan dana untuk membeli pemain baharu bagi memperkukuhkan pasukan apabila jendela perpindahan dibuka Januari depan, tetapi jumlah yang diperuntukkan tidak diketahui.

Ujian pertama Allardyce adalah pertemuan dengan kelab Watford yang juga bergelut dengan prestasi tidak menentu pada Isnin ini.-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");