Perak Hari Ini

Sanggup Berkorban Demi 72 ‘Kesayangan’

IPOH:Upin, Ipin, Barnie, A’A, Tomey dan Alim antara sebahagian nama manja kucing milik Norliza Hani Idris yang kini memelihara sebanyak 72 ekor kucing pelbagai jenis.

Memulakan penceritaan, jelas Norliza pada penghujung tahun 2006 beliau hanya memelihara sebanyak tiga ekor sahaja pada ketika itu mula timbulnya rasa sayang dan kasihan terhadap binatang comel itu.

“Semakin hari jumlahnya semakin banyak dan pada ketika itu saya tiada maklumat mengenai kaedah pemandulan jadi jumlah kucing bertambah sehingga kini sebanyak 72 ekor kebanyakkan merupakan ibu kucing terbiar yang dijumpainya,” katanya kepada Peraktoday hari ini.

Kerana perasaan sayang terhadap kesemua kucing tersebut, beliau sanggup untuk bangun daripada tidur seawal jam 3.30 pagi untuk menguruskannya makanan dan keperluan kucingnya itu.

Pernah Berpuasa Kerana Kucing

Bercerita mengenai kesukaran memelihara 72 ekor kucing kesayangannya itu, jelas Norliza tenaga dan masa adalah kesukaran yang sentiasa perlu diatasinya sebaik mungkin.

“Kesukaran utama adalah pembahagian masa kerana bekerja sebagai guru menguruskan kandang dan makanan serta tenaga kerana menguruskannya seorang diri,” katanya.

Tambahnya lagi, faktor kewangan juga merupakan masalah utama apabila beliau terpaksa berbelanja sekitar RM170 seminggu untuk membeli sebanyak 18 kilogram makanan kering,namun ia tidak termasuk makanan basah. 

“Nasib baik ada satu klinik haiwan yang memahami permasalahan saya dan tahu saya menyelamat kucing-kucing terbiar jadi membenarkan bayaran ansuran rawatan kucing -kucing saya,” katanya lagi.

Harap Bantuan Orang Ramai

Beliau turut berharap orang ramai yang sudi menghulurkan bantuan dan cukup mengalu-alukan terutamanya bantuan daripada segi makanan kucing.

Jelas Norliza setakat kini beliau telah menubuhkan satu kumpulan dalam aplikasi Whatapp yang dianggotai sekitar 20 orang yang digunakan sebagai ruang untuk saling berkongsi pendapat dan bantuan mengenai kucing-kucing.

“Kami saling berkongsi pendapat jika ada kucing kawan-kawan saya yang sakit kami akan menggunakan duit tabung hasil perkongsian bersama untuk kucing itu mendapatkan rawatan,” katanya.

Norliza mengakui pernah berpuasa kerana mengalami masalah kewangan bagi menyediakan makanan buat kucing peliharaannya itu.

“Pernah saya berpuasa minum air, kerana berhadapan dengan masalah kewangan,sama ada saya ingin makan atau kucing ini makan, saya pilih kucing saya.

“Sememangnya daripada kecil saya menyukai kucing ditambah pula saya sunyi kerana duduk sendiri jadi kucing menjadi peneman saya dan kucing juga memerlukan manusia untuk memberi makan selain menjadi salah satu terapi bagi saya,” katanya lagi.

Melihat pada paras rupanya yang tenang, Norliza dilihat begitu selesa dan leka melayan telatah kucing-kucingnya terutama sekali kucing diberi nama Aidil Adha atau ‘A.AA’ yang juga merupakan kucing kesayangannya.



Azam Tubuh Pusat Penjagaan Kucing

Beliau turut berkongsi azamnya untuk menubuhkan sebuah penjagaan bagi kucing-kucing yang terbiar di satu tapak khusus dan mencari bantuan daripada pihak yang berkemampuan untuk merealisasikannya.

Norliza turut berkongsi pengalaman merawat kucing terbiar yang putus dibahagian kakinya kerana dilanggar dan menelan belanja rawatan pembedahan sebanyak RM600.

“Saya tidak pernah rasa terbeban ini adalah satu kepuasan bagi saya cuma saya sangat memerlukan sokongan, bantuan daripada orang ramai,”.

Bagi yang ingin memberikan bantuan boleh menghubungi Norliza di laman facebook miliknya Norliza Hani Idris atau menyalurkan bantuan menerusi akaun bank beliau (MAYBANK- 158024721174)

 

 

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");