Panasnya Hari Ini

‘Saya sarankan Najib saman saya’ – Rafizi

KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli hari ini mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyaman beliau di mahkamah sekiranya beliau salah mengenai kos keseluruhan projek MRT.

Naib Presiden PKR itu berkata, beliau membaca laporan media mengenai reaksi Menteri Kewangan II, Datuk Johari Abdul Ghani yang menuduh beliau tidak pandai mengira tentang dakwaannya bahawa kos keseluruhan projek MRT sejauh 150 kilometer melebihi RM100 bilion.

“Sementara saya tidak ambil hati dengan reaksi tersebut, saya lebih bimbangkan reputasi dan kewibawaan Datuk Johari sebagai Menteri Kewangan II yang akan terus jatuh setiap kali beliau tidak menjawab apabila ditanya soalan-soalan yang sukar.

“Soalan saya mengenai berapa jumlah kos bagi keseluruhan 150 kilometer projek MRT adalah cukup penting kerana ia mempunyai kesan besar kepada tahap hutang kerajaan Persekutuan yang akan ditanggung rakyat,”katanya menerusi satu kenyataan.

Rafizi berkata lagi, daripada reaksi netizen di media sosial, jelas bahawa rakyat lebih yakin dengan pengiraan beliau berbanding pengiraan yang dilakukan oleh Najib dan Johari.

“Apabila saya tanyakan pemahaman rakyat mengenai kos keseluruhan MRT, hanya 10 peratus dari netizen yang turut serta bersetuju bahawa kos keseluruhan adalah RM21 bilion dan penjimatan RM2 bilion dicapai.

“Manakala 21 peratus merasakan kosnya melebihi RM100 bilion, tetapi 69 peratus keliru dengan kos sebenar.

“Sebab itu saya menasihati Datuk Johari untuk tidak menjadi mangsa untuk mempertahankan Datuk Seri Najib seperti mana Datuk Ahmad Maslan dahulu, kerana jika beliau (Johari) tidak berhati-hati, tempat beliau di mata rakyat boleh menjadi seperti Datuk Ahmad Maslan juga.

“Maka, jika benar saya tidak pandai mengira dan dakwaan saya bahawa kos keseluruhan projek MRT melebihi RM100 bilion itu satu fitnah, sewajarnya Datuk Johari menasihati Datuk Seri Najib untuk menyaman saya di mahkamah secepat mungkin kerana tempoh tujuh hari yang saya berikan akan tamat pada 26 Disember 2016,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");