Berita Hari Ini

SPAD gantung lesen operasi Goldstar Express

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menggantung lesen operasi Goldstar Express (M) Sdn Bhd, syarikat pengendali bas ekspres Alisan Golden Coach yang terbabit nahas di KM137.3 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) dekat Muar, Johor, pagi tadi.

SPAD dalam satu kenyataan berkata, penggantungan itu yang berkuat kuasa serta merta adalah bagi menyiasat tragedi itu yang mengorbankan 14 nyawa.

Katanya, penggantungan itu yang akan berakhir apabila penyiasatan pelbagai agensi selesai, dilaksanakan kerana bimbang dengan keselamatan penumpang yang memilih perkhidmatan syarikat terbabit.

“SPAD tidak akan bertolak ansur terhadap pelanggaran amalan keselamatan dan dengan tegas mengingatkan pengendali bas ekspres yang didapati bersalah mengabaikan aspek keselamatan akan berdepan tindakan udnang-undang.

“Kami tidak teragak-agak membatalkan lesen operator dan permit pengendalian perkhidmatan jika didapati melanggar syarat keselamatan mengikut lesen berkenaan,” katanya.

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");