Jenayah

Tergamak pecah tabung masjid

SUNGAI PETANI: Dua tabung diletakkan di Masjid Muhibuddin Sungai Pasir yang mengandungi tunai dianggarkan RM200 dipecahkan pencuri, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 5.30 pagi.

Katanya, kejadian disedari ahli jawatankuasa masjid, Mohamad Radzi Samsudin, 61, dari Taman Semarak yang kemudian bertindak membuat laporan polis.

“Tabung itu sebelum ini berada dalam keadaan baik dan diletakkan di tepi tiang ruang legar masjid. Pencuri dipercayai memecahkan tabung itu dengan pemotong dawai.

“Sebaik menerima aduan, anggota polis bergegas ke lokasi. Difahamkan, ketika itu tiada rondaan dilakukan penduduk dan ahli jawatankuasa masjid,” katanya, semalam.

Tambah Md Zukir, pencuri sama dipercayai turut memasuki sebuah kedai bahan sejuk beku milik Halmi Abu Bakar, 45, yang mengakibatkan mangsa kerugian dianggarkan berjumlah RM498.

“Kedai di perkarangan masjid itu dipercayai dimasuki pencuri sama melalui saluran lain kerana pintu masjid berkunci,” katanya.

Kes disiasat Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan 457 Kanun Keseksaan kerana mencuri serta pecah rumah.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");