Berita Hari Ini

Terima Kasih Pak Lah

ISKANDAR PUTERI: Datuk Seri Najib Razak mengucapkan terima kasih kepada bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi kerana mewujudkan Iskandar Malaysia.

Perdana Menteri berkata, idea cetusan bekas Perdana Menteri ketika menjawat jawatan itu pada tahun 2006 menjadikan Iskandar Malaysia sebagai sebuah koridor ekonomi yang berjaya.

“Terima kasih kepada Pak Lah (Abdullah) kerana mencetuskan idea koridor ekonomi yang paling pesat membangun di negara ini. Saya hanya menjadi penyambung dan penerus kepada idea ini.

“Begitu juga penghargaan kepada bekas Menteri Besar Johor, (Tan Sri) Abdul Ghani Othman yang menyambut baik kewujudan Iskandar Malaysia dan kini disambung Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Pelancaran Sambutan Ulang Tahun Ke-10 (IM10) Iskandar Malaysia di Kompleks Sukan Educity, di sini, hari ini.

Turut hadir, Mohamed Khaled, Abdullah, Pengarah Urusan Khazanah Nasional Berhad, Tan Sri Azman Mokhtar dan Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar, Datuk Ismail Ibrahim.

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");