Jenayah

Tiada mangsa terselamat nahas pesawat Pakistan

ISLAMABAD, PAKISTAN: Tiada mangsa yang terselamat nahas pesawat yang membawa 47 orang terhempas di utara Pakistan semalam, kata pengerusi syarikat penerbangan PIA.

Tentera berkata, 40 mayat telah dijumpai dan operasi emncari dan menyelamat membabitkan 500 tentera, paramedik dan doktor.

[ARTIKEL BERKAITAN: Pesawat Pakistan bawa 47 penumpang terhempas]

Mayat-mayat berkenaan dibawa ke Pusat Perubatan Ayub dekat Abbottabad.

“Tiada mangsa yang terselamat,” kata Pengerusi Pakistan International Airlines, Muhammad Azam Saigol dipetik Reuters.

Sementara itu seorang pegawai penerbangan berkata, bekas bintang pop terkenal Pakistan, Junaid Jamshed adalah antara mangsa yang terkorban.

PIA berkata, juruterbang melaporkan pesawat hilang kuasa satu enjin beberapa minit sebelum pesawat terputus hubungan dengan menara kawalan ketika dalam perjalanan dari Chitral ke Islamabad.

Syarikat penerbangan berkata, pesawat itu terhempas pada 4.42 petang waktu tempatan di Havelian, kawasan di wilayah Khyber-Pakhtunkhwa, kira-kira 40 kilometer (25 batu) di utara Islamabad

Saigol berkata, pesawat turboprop ATR telah menjalani penyelenggaran rutin dan pada Oktober lalu, pesawat itu lulus tahap pemerikasaan A bagi penyelenggaran persijilan yang dilakukan setiap 500 jam penerbangan

“Siasatan penuh kemalangan yang turut melibatkan agensi antarabangsa akan dilakukan,” ujarnya.

Dalam dalam itu, setiausaha penerbangan kerajaan Irfan Elahi memberitahu media pesawat itu mengalami masalah enjin tetapi ia adalah terlalu awal untuk menentukan punca kemalangan itu.

Pesawat itu membawa 47 orang, termasuk lima anak kapal dan 42 penumpang.

Dua warga Austria dan seorang warga China antara mangsa yang berada di dalam pesawat malang itu.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");