Sukan Hari Ini

Rose bimbang misi terencat

Hong Kong: Justin Rose berharap kecederaan belakang tidak menjejaskan usahanya mempertahankan trofi Terbuka Hong Kong apabila musim baharu jelajah Eropah bermula hari ini.

Juara Olimpik itu terpaksa menarik diri selepas pusingan pertama Cabaran Dunia Hero di Bahamas minggu lalu namun dia tetap berkunjung ke Hong Kong.

Rose bukannya satu-satu pemain ternama dengan masalah kecergasan dalam acara sulung musim 2017 Jelajah Eropah, yang juga aksi bagi kalendar 2016 Jelajah Asia.

Juara Masters AS, Danny Willett hadir selepas berehat dua minggu untuk pulih daripada kecederaan belakang manakala Ian Poulter, juara 2010, kembali selepas lima bulan tidak bermain Oktober lalu.

Pemain England Willett, 29, menarik diri daripada Piala Dunia Golf di Melbourne dan Masters British untuk memulihkan diri namun dia mengakui masih belum cergas.

“Saya membuat keputusan menarik diri daripada Piala Dunia beberapa minggu lalu, semuanya kerana kami tahu ini adalah permulaan musim 2017 dan saya mahu kembali ke sini dan memberikan aksi terbaik,” katanya.

Willett, yang mahu mengembalikan sentuhan seperti di Augusta berkata, pemulihannya berjalan lancar sambil merujuk kepada kebimbangan kecederaan rakan senegaranya Rose dan Poulter.

“Saya tidak fikir ramai pemain boleh berkata mereka 100 peratus sepanjang masa, semuanya kerana betapa banyaknya kami berpindah randah, tidur di katil berbeza dan cuba bermain sukan yang kurang selari dengan pergerakan badan,” katanya. – AFP

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");