Berita Hari Ini

Tony Pua Beri Keterangan Berkaitan Bersih 5

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua memberi kenyataan kepada polis berkaitan perhimpunan Bersih 5 yang diadakan di sini baru-baru ini.

“Mereka beritahu saya kes itu disiasat dibawah Seksyen 42B Akta Perhimpunan Aman dan Seksyen 504 Kanun Keseksaan berhubung perhimpunan dekat stesen LRT Bangsar.

“Antara soalan yang mereka tanya adalah sama ada saya berada di sana, mengapa saya berada di sana dan mengapa perhimpunan Bersih diadakan.

“Saya memberikan sepenuh kerjasama dan memaklumkan kepada mereka bahawa perhimpunan itu diadakan untuk menuntut demokrasi berparlimen yang lebih kukuh, tadbir urus yang lebih bersih dan pilihan raya yang bebas dan adil,” kata Pua ketika ditemui di luar perkarangan ibu pejabat Polis Sentul.

Beliau berkata Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar turut dipanggil untuk memberi keterangan tetapi beliau di luar kawasan pada ketika itu.

“Mereka beritahu saya bahawa lebih ramai lagi akan dipanggil tetapi tidak menamakan mereka,” katanya.

-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");