Membawang Hari Ini

Umie tarik orang muda

Menyeru lebih ramai anak muda terbabit dalam aktiviti kerja amal, pelakon Umie Aida berharap penyertaannya sebagai ikon Muslim Volunteer Malaysia (MVM) menarik penyertaan lebih ramai golongan belia.

Malah, selepas melihat anaknya sendiri gemar menyertai program amal, hati Umie terusik dan tertarik untuk sama-sama menjadi sebahagian daripada MVM.

“Penyertaan saya sebagai ikon MVM ialah untuk menarik lebih ramai anak muda menjadi ahli dan menyertai pelbagai program yang dianjurkan MVM.

“Daripada mereka membuang masa tidak tentu hala, adalah lebih baik mengisi masa lapang dengan aktiviti yang lebih berfaedah,” katanya.

Umie berkata, dia sendiri gemar melakukan aktiviti amal sejak dulu lagi, jadi pemilihannya sebagai ikon MVM dirasakan tepat dan sesuai dengan misi dan visi MVM itu sendiri.

“MVM sudah dua tahun ditubuhkan. Banyak aktiviti amal mereka lakukan dan peranan saya selain mengajak ramai anak muda terbabit, saya juga akan turun padang sama-sama membantu.

“Tidak saya nafikan, MVM satu badan amal yang aktif dan sepanjang tahun ini aktiviti mereka padat setiap bulan.

“Pada tahun depan pula, dijangka 50 aktiviti akan dilaksanakan. Oleh itu, saya dan ikon MVM lain menyeru supaya lebih ramai lagi anak-anak muda terbabit sama,” katanya.

Selain Umie, beberapa selebriti terkenal turut dipilih menjadi ikon MVM. Mereka ialah Datin Nur Shahida Rashid, Heliza Helmi, Hazwani Helmi, Saharul Ridzwan, Ahmad Amsyar Azman dan Profesor Dr Muhaya Mohamad.

Umie berkata, sikap suka membantu seharusnya diterap kepada anak sejak mereka kecil.

“Saya sudah menerapkan sikap suka membantu orang lain kepada anak sejak mereka kecil. Apabila sudah besar sikap itu menjadi kebiasaan kepada mereka.

“Oleh itu, apabila sudah ada sikap itu pastinya mereka dengan lebih mudah dan rela hati untuk mengisi masa lapang dengan aktiviti amal.

“Namun begitu, belum terlambat untuk mana-mana anak muda yang terleka memulakan semula sikap suka membantu itu dengan menyertai program amal seperti yang dianjurkan MVM,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Umie bakal sibuk di lokasi drama bersiri Mak Cun untuk musim ketiga.

“Alhamdulillah, atas sambutan penonton terhadap drama bersiri Mak Cun, ia bakal bertemu penonton tidak lama lagi.

“Saya akan mula sibuk di lokasi penggambaran Mak Cun bermula Januari ini,” katanya.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");