Isu Panas

UMNO perlu perbaharui tawaran, pemberian kepada Melayu

KUALA LUMPUR: UMNO perlu berhenti meminta orang Melayu memberi sumpah setia kepada parti selain berhenti mengenang apa yang diberikan kepada mereka.

Sebaliknya parti keramat itu bukan saja perlu berterima kasih dengan sokongan orang Melayu selama ini, malah sudah tiba masanya UMNO memperbaharui tawaran dan pemberian kepada orang Melayu.

Gesaan itu disuarakan wakil Johor, Datuk Ayub Rahmat ketika membahaskan ucapan Dasar Presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, hari.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan & Alam Sekitar Johor, menegaskan hakikatnya bukan orang Melayu yang terhutang budi dengan UMNO, sebaliknya UMNO yang terhutang budi dengan orang Melayu.

“UMNO itu wujud kerana orang Melayu. UMNO berjaya memimpin Malaysia orang orang Melayu.

“Jangan sesekali kita lupa, UMNO tidak akan berada pada kedudukan kuasa sebegini lama jika tidak kerana orang Melayu.

“Sudah sampai masanya UMNO tampil memperbaharui tawaran dan pemberiannya kepada orang Melayu, menawarkan agenda baharu, menawarkan keterujaan dan harapan baharu kepada orang Melayu,” katanya yang juga ADUN Kemelah.

Sehubungan itu, Ayub berkata, UMNO Johor mencadangkan UMNO memimpin usaha menyemak semula Agenda Melayu dengan melakukan satu transformasi yang radikal bagi menyediakan kesiapsiagaan dan kebolehsaingan orang Melayu dalam abad ke-21.

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");