Sukan Hari Ini

Woods puas hati aksi sulung tahun ini

NASSSAU(BAHAMAS): Tiger Woods gembira dengan kepulangannya ke Hero World Challenge walaupun mempamerkan aksi kurang konsisten dalam kejohanan yang menyaksikan pemain muda Jepun, Hideki Matsuyama muncul juara.

Juara major 14 kali itu, yang kembali menyertai kejohanan selepas rehat 16 bulan kerana pembedahan belakang, menamatkan saingan hari terakhir awal pagi tadi dengan empat atas par 76 dan di tangga ke-15 daripada 18 pemain.

Woods, yang berusia 41 tahun bulan ini, melakukan lima birdie, tiga bogey dan tiga double bogey pada pusingan berkenaan dan mencatat empat bawah par 284 keseluruhan – 14 pukulan di belakang juara.

“Secara keseluruhan, saya gembira dapat kembali beraksi, bersaing dan cuba menewaskan pemain-pemain terbaik di dunia,” kata Woods.

“Saya amat merinduinya. Saya amat sukakannya. Saya bersyukur dapat kembali bermain di sini.”

Woods, pemain tertua di lapangan, melakukan birdie paling banyak pada saingan itu – 24 birdie.

Bagaimanapun pusingan terakhirnya adalah 18 lubang terburuk antara kesemua pemain di kejohanan jemputan anjurannya itu.

“Minggu ini cukup hebat kerana saya banyak melakukan birdie, saya rasa saya melakukannya dengan baik di bahagian itu, tetapi saya juga melakukan beberapa kesilapan. Saya bermain di par 4 dengan begitu teruk sekali.

“Ia seperti sesuatu yang baharu buat saya, perasaan ketika beraksi, rasa adrenalin mengalir dalam sistem saya, membuat pukulan…ia amat sukar.

Tetapi saya melakukan sesuatu yang positif. Saya berpuas hati dan hanya perlu memperkemaskannya.” – AFP/berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");