Jenayah

1 maut, 10 cedera kemalangan 2 kenderaan

KUALA PILAH: Seorang pelajar Kolej Vokasional Juasseh, di sini, maut, manakala 10 yang lain cedera apabila kereta dinaiki terbabit kemalangan dengan kenderaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, pagi tadi.

Kejadian berlaku di Jalan Kuala Pilah-Bahau berhampiran Hentian Jemapoh, di sini, kira-kira jam 7.55 pagi.

Mangsa, Fauzi Ali, 18, maut di tempat kejadian, manakala tiga rakannya, Fauzan Jailani, Aidil Shamsudin serta Haidir Hamzah, masing-masing berusia 18 tahun cedera parah dan kini menerima rawatan di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), di sini.

Tujuh anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Jempol yang menaiki kenderaan jabatan turut cedera dan menerima rawatan di hospital sama.

Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Pilah, Hamizan Jaafar, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.58 pagi dan bergegas ke lokasi kejadian bersama satu jentera dan tujuh anggota.

Katanya, sebaik tiba di lokasi, beberapa mangsa yang cedera sudah dikeluarkan dengan bantuan orang awam.

“Bomba kemudian mengambil masa kira-kira lima minit untuk memotong pintu bagi mengeluarkan anggota yang tersepit dari kenderaan jabatan yang remuk,” katanya, di sini, hari ini.

Hamizan berkata, anggota bomba yang terbabit kemalangan dalam perjalanan ke Seremban 2 untuk menghadiri pertandingan futsal.

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");