Perak Hari Ini

272 Ditahan Dalam OP Wawasan Kedah/Perlis 2016

ULU KINTA:Pasukan Gerakan Am (PGA) Bridged Utara telah menahan seramai 272 orang terdiri daripada pelbagai kewarganegaraan dan melibatkan pelbagai jenis kesalahan sepanjang OP Wawasan kedah Perlis bagi tahun 2016.

Komander Briged Utara PGA, Senior Asisten Komisioner Zahari Ahmad berkata sebanyak 134 kes telah dicatat dengan nilai rampas berjumlah RM888,331.

“Ia melibatkan pelbagai kesalah dibawah Akta Imigresen, Akta Racun,Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) dan Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya.

Manakala jumlah tangkapan tertinggi melibatkan warganegara Myanmar dengan jumlah 210 orang, diikuti Malaysia (41 orang);Thailand (9 orang); Indonesia (4 orang); Vietnam (4 orang); Bangladesh (3 orang) dan kemboja seorang.

Beliau berkata demikian ketika hadir pada Perhimpunan Bulanan Briged Utara Tahun 2017 bertempat di Dewan 1 Kem PGA Ulu Kinta hari ini.

Terdahulu seramai 198 Pegawai,Anggota,Pegawai Awam menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2016.

Setiap peserta menerima sijil Penghargaan dari Ketua Polis Negara dan Sijil Simpanan Premium BSN bernilai RM RM1,000.

Manakala sebanyak 25 pegawai kanan, anggota pangkat rendah, yang cemerlang dalam penugasan di Ops Wawasan Kedah Perlis yang mendapat kejayaan dalam tangkapan dan rampasan.

Turut menerima surat Penghargaan Komander pada perhimpunan tersebut adalah 23 Pegawai Kanan, anggota pangkat rendah, pegawai awam dan ahli Perkep yang cemerlang dalam bidang sukan.

Sementara itu sejumlah 27 kes melibatkan pelbagai kesalahan dengan nilai rampasan sekitar RM252,400 bagi statistik kejayaan risikan sempadan Malaysia/Thailand bagi tahun 2016.

“Kejayaan itu turut melibatkan penangkapan warganegara Myanmar 52 orang, Thailand tiga orang, manakala warganegara Malaysia sebanyak 14 orang menjadikan jumlah keseluruhan 89 orang,” katanya.

Bagi statistik kejayaan Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ) Bukit Kayu Hitam untuk tahun 2016 melibatkan rampasan motosikal dan Air ketum yang bernilai RM2,800 serta penangkapan seramai 4 orang melibatkan warga Malaysia seorang, Thailand seorang dan Myanmar dua orang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");