Berita Hari Ini

3 novel Malaysia disenarai untuk Anugerah Dublin 2017

KUALA LUMPUR: Tiga novel Malaysia disenarai dalam Anugerah Sastera Antarabangsa Dublin 2017 yang menawarkan hadiah RM450,000 (STG100,000).

Anugerah Sastera Antarabangsa Dublin 2017 dalam kenyataan di laman webnya menyenaraikan Bits of Heaven karya Aishah Madadiy; One Minute to Midnight (Diyar Harraz) dan Don’t Forget to Remember (Sonia Mael).

Karya pengarang tanah air itu disenaraikan bersama-sama 147 novel yang sebahagian besar dikuasai penulis dari Amerika Syarikat (AS), Britain, Kanada, Australia dan Ireland.

Turut disenaraikan ialah karya sasterawan dan pengarang antarabangsa tersohor, termasuk penerima Hadiah Nobel Kesusasteraan, selain Hadiah Pulitzer dari Amerika Syarikat (AS) dan Hadiah Man Booker dari United Kingdom (UK).

Antaranya ialah Orhan Pamuk dengan naskhahnya Strangeness in My Mind; Mario Vargas Llosa (The Discreet Hero); Milan Kundera (The Festival of Insignificance); Kazuo Ishiguro (The Buried Giant); Salman Rushdie (Two Years Eight Months and Twenty-Eight Nights) dan Jonathan Franzan (Purity).

Pencalonan Anugerah Sastera Antarabangsa Dublin dibuat oleh perpustakaan dari seluruh dunia dengan Malaysia diwakili Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) tetapi perpustakaan yang tidak disenaraikan boleh juga membuat permohonan untuk menyertainya.

Karya yang dicalonkan pula adalah dalam bahasa Inggeris, sama ada dalam bentuk karya asli atau terjemahan.

Bagi anugerah tahun ini, karya asli dalam bahasa Inggeris diterbitkan antara 1 Januari hingga 31 Disember 2015 manakala karya terjemahan pula mengambil kira penerbitan novel asal antara 1 Januari 2011 hingga 31 Disember 2015.

Senarai panjang itu akan disaring untuk senarai pendek sebelum diumumkan pada 11 April ini manakala pemenangnya akan diumumkan pada 21 Jun ini.

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");