Perak Hari Ini

437 Mangsa Banjir Di Perak Sehingga 12 Tengah Hari

IPOH : Seramai 437 mangsa banjir di negeri ini ditempatkan di 11 pusat pemindahan sehingga jam 12 tengah hari tadi.

Menerusi satu kenyataan, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri melaporkan, jumlah itu melibatkan 139 keluarga.

Daerah Manjung mencatatkan mangsa banjir terbanyak di negeri ini dengan jumlah 119 mangsa yang ditempatkan di Dewan Orang Ramai Inderawati, Beruas manakala 127 mangsa ditempatkan di SAR Padang Serai.

Di Larut Matang dan Selama, lima pusat pemindahan di buka iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Hampar (41), Dewan Orang Ramai Matang Merbau (29), Surau Kampung Jawa, Trong (50), Surau Padang Serai Dalam (7) dan Dewan Orang Ramai Kelubung, Sungai Tinggi (14).

Manakala di daerah Kinta (8), daerah Hilir Perak (32), daerah Kuala Kangsar (6) dan daerah Perak Tengah (4) dengan masing-masing satu pusat pemindahan dibuka.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");