Jenayah

Pusat pemindahan sementara bertambah

Jasin: Satu lagi pusat pemindahan banjir dibuka di daerah ini menjadikan dua pusat beroperasi sehingga jam 2 petang tadi.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Banjir Daerah (JPBD) Jasin Muhamad Alif Abd Rahman berkata, Sekolah Kebangsaan Chohong, di sini, mula dibuka jam 1 petang tadi bagi menempatkan lima mangsa dari sebuah keluarga.

Menurutnya, mangsa terbaru dari Kampung Chohong itu menjadikan keseluruhan 10 orang dipindahkan di daerah ini selepas pusat pemindahan sementara di Sekolah Kebangsaan Asahan dibuka jam 11.15 pagi tadi.

Beliau berkata, hujan masih berterusan di daerah itu menyebabkan paras air Sungai Relau, Asahan dan Chohong melimpah.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");