Membawang Hari Ini

6 juta tonton Lelaki Teragung ungguli AJL31

KUALA LUMPUR: Anugerah Juara Lagu 31 (AJL31) yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Ahad lalu, mengekalkan status sebagai program anugerah nombor satu di negara ini apabila meraih 6 juta penonton.

Program siaran TV3 itu juga berjaya mendominasi tontonan di seluruh negara dengan 51.2 peratus ‘market share’, mengatasi pelbagai rancangan di stesen televisyen lain yang bersiaran pada waktu sama.

Menurut kenyataan dikirimkan kepada BH Online, selain TV3, anugerah yang dinantikan penggemar muzik tanah air itu turut dipancarkan menerusi laman portal video rasmi Tonton (www.tonton.com.my) dengan pentriman definisi tinggi (HD).

Seramai 150,000 peminat mengikuti rancangan itu secara langsung melalui aplikasi Tonton dan laman Facebook rasmi Tonton (@tontonmy).

Dicampur dengan media sosial lain termasuk Facebook dan YouTube, lebih 500,000 peminat menontonnya secara maya.

Statistik di arena atas talian (online) menyaksikan 33.5 juta pengguna laman sosial menggunakan #AJL31 bermula 1 Januari hingga program berakhir, 22 Januari lalu.

Bersama pencapaian itu, AJL31 muncul ‘trending’ nombor satu bukan saja di Malaysia, malah seluruh dunia.

Peminat boleh melihat komen dan gambar yang dimuat naik dengan #AJL31 di laman sosial Twitter, Instagram dan Facebook.

Menurut Pengurus Besar Kumpulan, Kumpulan Pengurusan Penjenamaan dan Rancangan TV3 dan TV9, Sherina Nordin, mereka berbangga dengan pencapaian AJL kali ini kerana ia bersifat lebih santai, tetapi impaknya lebih dirasai apabila setiap finalis menyampaikan cerita di sebalik lagu masing-masing.

“Sekali lagi AJL31 membuktikan ia masih relevan dan tetap menjadi program anugerah pilihan rakyat Malaysia apabila meraih 6 juta penonton, mengekalkan rating seperti tahun lalu.

“Lebih membanggakan apabila jumlah penonton di media digital bertambah sebanyak 30 peratus jika dibandingkan dengan tahun sebelumnya. Kami akan mengambil pencapaian ini sebagai penanda aras untuk meningkatkan lagi kualiti program kami. Pencapaian ini permulaan cemerlang dalam memulakan tahun 2017,” katanya Malam itu, AJL31 bermula dengan acara permaidani merah pada jam 7.30 malam yang dikendalikan sepenuhnya oleh rancangan hiburan TV9, Pop TV, menampilkan ramai artis dan penyanyi popular, termasuk finalis AJL31.

Pop TV menyiarkan acara itu secara langsung pada jam 8.30 malam dan berjaya meraih 1.4 juta penonton.

AJL31 menobatkan Lelaki Teragung ciptaan Natasyah dan Iman Imran sebagai pemenang Juara lagu, manakala penyanyinya, Dayang Nurfaizah diangkat sebagai penerima trofi Vokal Terbaik.

Ajai bersama karya ciptaannya, Terimaku Seadanya, yang dipersembahkan oleh Misha Omar dan Hafiz Suip memenangi tempat kedua.

Lagu Sudah Ku Tahu dendangan Projector Band pula meraih tempat ketiga.

Pada malam itu, Kumpulan Khalifah turut diumumkan sebagai pemenang Persembahan Terbaik.

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");