Jenayah

‘Adegan’ di rumah urut terbantut

KLANG – ‘Adegan’ tukang urut dan pelanggan di pusat refleksologi terbantut selepas diserbu sepasukan polis dari Bahagian Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Kontinjen Selangor.

Ops Noda dijalankan di lima premis berasingan di Jalan Meru dan Bandar Baru Klang, dekat sini, semalam.

Ketua Operasi, Asisten Superintendan Sobri Baki berkata, serbuan hasil maklumat dan risikan ini dijalankan kira-kira jam 5.30 petang membabitkan lima pegawai dan 16 anggota.

“Polis telah menahan seramai 18 wanita warga China, Vietnam, Thailand dan Indonesia yang bekerja sebagai tukang urut di premis tersebut. Dalam pada itu juga, kita juga menahan lima penjaga premis.

“Beberapa barang telah dirampas antaranya tuala, botol minyak urut, bedak, tisu, jadual kerja dan wang tunai,” katanya.

Sobri mendedahkan, serbuan yang tamat pada jam 7.30 malam dapati premis-premis ini menarik pelanggan dengan wanita seksi dan menawarkan urutan ‘badan ke badan’ dengan harga sekitar RM150 hingga RM200 bergantung terhadap permintaan pelanggan.

Tambahnya lagi, ketika serbuan, ada antara tukang urut ini sedang asyik melayan pelanggan mereka.

“Siasatan yang dibuat dapati premis-premis yang telah beroperasi sejak satu hingga empat bulan lalu ini beroperasi secara ‘sorok-sorok’. Premis kononnya sentiasa dikunci dan hanya akan membuka pintu apabila pelanggan datang menekan loceng.

Kesemua tangkapan berusia lingkungan 22 hingga 35 tahun dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara untuk siasatan.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");