Jenayah

Ahli perniagaan ditahan kerana membunuh

Sibu: Seorang ahli perniagaan ditahan polis di rumahnya di Sungai Bidut, di sini, petang semalam susulan penemuan mayat hampir reput di kawasan semak Jalan Sungai Bidut, pada hari yang sama.

Lelaki berusia 34 tahun itu ditahan jam 4.50 petang, empat jam selepas mayat ditemui polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar berkata, suspek dipercayai terbabit dalam pembunuhan mangsa sebelum mayatnya dibuang di kawasan semak berkenaan.

Menurutnya, polis menerima laporan mengenai kehilangan mangsa yang berusia 31 tahun yang dibuat ahli keluarganya kelmarin selepas dia tidak pulang sejak keluar dari rumah 22 Januari lalu.

“Mayat ditemui dalam keadaan reput pada bahagian muka dan mempunyai kesan parah di kepala.

“Dengan penahanan ahli perniagaan terbabit, polis yakin dapat menyelesaikan kes berkenaan namun motif kejadian masih tidak dapat didedahkan buat masa ini,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");