Membawang Hari Ini

Azam beralih ke pop rock

Pernah aktif dengan muzik rock alternatif, pendatang baru Azam Smile, 29, akur untuk fokus dengan muzik pop rock sesuai dengan permintaan masyarakat sekarang.

Walaupun muzik yang dibawa kali ini tidak sepenuhnya rock, dia tiada masalah kerana sudah mengganggap muzik sebahagian daripada dirinya.

Single pertama taruhannya berjudul Sudahlah Sayang hadir dengan konsep pop rock. Ia dicipta Aiman atau lebih dikenali dengan Zul 2 By 2.

Berkongsi hal itu, pemilik nama penuh Mohd Azam Abidin ini ketika ditemui berkata, dia bersyukur kerana dapat bekerjasama dengan Zul yang sering tampil dengan lagu segar dan popular.

“Sebelum ini saya aktif bersama kumpulan muzik, tetapi lebih kepada persembahan di majlis keramaian. Apabila bertemu Abang Zul dia menyarankan saya untuk cuba beralih muzik yang sesuai dengan permintaan masyarakat.

“Saya anggap ini cabaran untuk saya. Syukur saya tiada masalah untuk menghasilkan lagu ini kerana abang Zul banyak membantu dan memberi tunjuk ajar,” katanya.

Sebelum ini Azam bersama kumpulannya iaitu Karoshi Band dan kini dia berpeluang tampil solo.

Biarpun terpaksa mengambil masa yang lama dia tidak kisah, malah rakan dalam band berkenaan tidak menghalang hasrat Azam untuk tampil solo.

“Karoshi Band adalah projek band khas saya dan rakan. Kami akan tampil bersama untuk sesuatu projek tertentu.

“Masing-masing juga ada band yang lain, jadi tidak ada masalah untuk saya tampil solo. Mereka juga turut memberi sokongan penuh apabila saya menyatakan hasrat untuk menghasilkan lagu solo,” katanya.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");