Sukan Hari Ini

‘Umpama final’

Kuala Lumpur: “Perlawanan bertemu Ireland umpama final bagi kami.”

Demikian pandangan kapten Siti Noor Amarina Ruhani menjelang pertemuan kedua Kumpulan B, Pusingan Kedua Liga Hoki Dunia menentang Ireland hari ini.

Ini kerana jelas Amarina, keputusan perlawanan dengan Ireland akan menentukan laluan skuad negara pada suku akhir dan separuh akhir.

“Jika kami berjaya menewaskan Ireland, kemungkinan besar kami akan muncul juara Kumpulan B dan dijangka bertemu lawan lebih mudah terutama di separuh akhir.

“Apapun, kami sudah melakukan analisis kekuatan lawan. Harap dengan kekuatan yang ada di pihak saya serta rakan sepasukan, ia akan dapat membantu mengekang Ireland,” katanya.

Walaupun membelasah Hong Kong 9-0 pada perlawanan pertama, Amarina mengakui banyak lagi kelemahan yang perlu diperbaiki skuad negara.

“Antaranya kami memperoleh begitu banyak pukulan sudut penalti tapi banyak juga peluang disia-siakan begitu saja.

“Selain itu, setiap pemain masih belum dapat hilangkan rasa gugup pada awal permainan yang menyebabkan sukar untuk kami mendapatkan gol pertama.

“Tapi kemenangan ke atas Hong Hong sememangnya memberi keyakinan kepada kami untuk bertemu Ireland,” katanya.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");