Jenayah

Bila ajal datang menjemput

Kota Bharu: Seorang lelaki berusia 46 tahun meninggal dunia akibat serangan jantung di sebuah kedai makan di Kampung Lating, Mulong, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 1.20 pagi itu, Mohd Yusoff Mohamed Abdullah sedang berbual bersama rakannya dan secara tiba-tiba tidak sedarkan diri.

Pembantu perubatan yang tiba tidak lama kemudian mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.

Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarganya untuk dikebumikan.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Baharom Abu ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

“Laporan bedah siasat mengesahkan mangsa meninggal akibat serangan jantung.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");