Laporan Eksklusif

Selamatkan Celcom Dari ‘Bos Asing’

KUALA LUMPUR : Pihak yang berkaitan diharapkan untuk mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menyelamatkan satu syarikat telekomunikasi terkenal, Celcom yang  hampir semuanya ditadbir oleh orang Melayu.

Blogger politik, Parpukari menerusi catatan di blog beliau hari ini berkata, beliau menerima kiriman emel daripada seorang pembaca blog beliau berkaitan situasi syarikat telco itu.

Ujarnya, penghantar emel tersebut memberitahu, selepas Michael Kuehner seorang bangsa Jerman dilantik sebagai CEO Celcom, prestasi syarikat tersebut dilihat semakin merudum.

“Lihat saja apa yang berlaku dengan MAS yang menggunapakai CEO orang putih, tak kemana pun. 

“Setelah beberapa bulan Celcom dibawah tampuk kepimpinan Michael Kuehner dan pasukan pengurusan baharu, syarikat GLC itu bukannya semakin pesat berkembang sebaliknya jahanam dari hari ke hari.

“Apa yang lebih teruk, pasukan baharu yang Michael Kuehner lantik itu hampir kesemuanya seperti lembu-lembu takde telur. Buat malu Melayu saja,”katanya.

Beliau turut berkata, heboh sana-sini pihak yang mempertikaikan perlantikan Michael Kuehner, tetapi sehingga kini nampaknya masih tidak apa yang berlaku.

“Persoalannya, mengapa perlantikan Michael Kuehner itu mendapat tentangan? Teruk sangat ke mamat Jerman ni.

“Untuk pengetahuan, Celcom sebenarnya adalah syarikat GLC yang mana selama ini ditadbir oleh orang Melayu. Tahun ke tahun Celcom dibawah kepimpinan melayu semakin hebat malah ‘ranking’ nombor satu berbanding dengan syarikat telekomunikasi yang lain. Tetapi sekarang, apa sudah jadi?”soalnya.

Kiriman email itu turut berkata, sejak Celcom dibawah kepimpinan Michael Kuehner dan pasukan baharu itu telah mengakibatkan pendapatan syarikat GLC tersebut jatuh merudum, bulan demi bulan.

“Difahamkan pendapatan Celcom merosot sebanyak 6.6 peratus ke RM 1.68 billion sejak dari bulan September lepas.

“Jumlah langganan prabayar juga jatuh. Jadi apa maksudnya?

“Maksudnya, orang dah tak suka Celcom. Pakej-pakej Celcom, sama ada prabayar atau pasca-bayar hampir kesemua dah lapuk dan tak menarik,”katanya.

Malah jelasnya lagi, menerusi pentadbiran Datuk Seri Mohamed Shazalli Ramly dan yang terdahulu pengurusan Datuk Ramli Abas, prestasi Celcom adalah sangat memberangsangkan namun apabila kuasa beralih kepada Michael Kuehner lain jadinya.

Berikutan itu, beliau meminta kepada pihak yang bertanggungjawab untuk mengambil tindakan yang sewajarnya untuk menyelamatkan Celcom daripada terus musnah.

1. https://telcogila.wordpress.com/2016/12/08/all-telcos-post-earnings-within-market-expectations-except-for/

2. https://telcogila.wordpress.com/2016/12/02/patut-kah-ceo-celcom-bukan-melayu/

3. https://telcogila.wordpress.com/2016/11/22/celcom-bergolak/

4. https://telcogila.wordpress.com/2016/12/08/celcom-umpama-keluar-dari-mulut-buaya-masuk-ke-mulut-neraka/

5. https://telcogila.wordpress.com/2016/12/23/live-chat-di-celcom/

Menerusi blog ini juga, beberapa laman sesawang turut dilampirkan antara lain mencerita mengenai situasi yang dihadapi kini oleh syarikat telco ini.

Malah orang ramai boleh menilai sendiri berdasarkan ruangan tersebut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");