Membawang Hari Ini

Buat sehabis baik

Lakonan pendatang baru Mustaqim Bahadon semakin mendapat tempat di hati penonton menerusi drama Kerana Anisa yang kini ditayangkan di slot Samarinda TV3.

Bergandingan dengan aktres popular Zara Zya, Mustaqim tidak mahu mensia-siakan peluang yang dimiliki untuk menempa nama sebagai pelakon serba boleh dan dikenali.

Mustaqim yang kali pertama memegang watak utama berkata, dia mengharapkan lakonannya sebagai Syukri tidak mengecewakan penonton.

“Saya akui pembabitan dalam bidang ini masih baru dan belum cukup mantap, malah belum layak untuk memegang watak utama, tetapi apabila diberi peluang saya buat sehabis baik,” katanya.

Menurut Mustaqim, tawaran membintangi drama Kerana Anisa datang pada saat akhir dan dia bertuah mendapat tunjuk ajar daripada semua pihak.

“Mungkin sudah tertulis rezeki saya dalam drama ini. Selepas menerima tawaran berkenaan saya cuba serap watak Syukri itu. Saya akui watak hero ini bukan tugas mudah kerana penonton akan melihat sejauh mana kemampuan lakonan saya apabila digandingkan dengan Zara.

“Alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun pada mulanya saya sedikit gementar untuk berlakon dengan Zara,” katanya.

Mustaqim berkata, dia bersyukur drama Kerana Anisa semakin mendapat sambutan dan berharap namanya juga akan dikenali.

“Sebenarnya saya sudah berlakon banyak drama, tetapi belum ada rezeki untuk dikenali.

“Saya berharap drama ini akan menjadi permulaan yang baik untuk tahun 2017 supaya nama saya akan lebih dikenali ramai selain dapat berkongsi bakat yang dimiliki ini,”katanya.

Menurutnya, dia tidak mengejar populariti, tetapi selama bergelar pelakon dia berharap penonton mengikuti setiap perkembangannya.

Stabil dulu baru bercinta

Ditanya mengenai kisah peribadinya, Mustaqim memaklumkan dia masih solo dan belum bertemu wanita istimewa dalam hidupnya.

“Sebelum ini saya pernah menyukai seseorang, tetapi mungkin tiada jodoh antara kami. Buat masa ini, fokus utama saya bukanlah soal cinta sebaliknya membina karier sebagai pelakon terlebih dulu. Saya mahu memastikan kedudukan saya benar-benar stabil sebelum bercinta dengan sesiapa.

“Bagaimanapun, sekiranya dalam perjalanan membina nama saya mencintai seseorang, saya tidak menolak. Lama rasanya hati ini tidak diisi dengan cinta,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Mustaqim memaklumkan dia bakal muncul dalam filem berjudul Surf This Love yang bakal ditayangkan tahun ini.

-harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");