Jenayah

Cagar kereta untuk dadah

Rompin: Polis berkas lelaki bersama 923.10 gram dadah bernilai RM20,500 di ladang kelapa sawit di FELDA Keratong 9, Muadzam Shah, di sini.

Suspek 36 tahun dan berasal di FELDA Keratong 8 itu ditahan ketika sedang berurusan jual beli dadah dengan pelanggannya, pada 3.20 pagi, 28 Januari.

Ketua Polis Daerah Rompin Deputi, Superintendan Azli Mohd Noor, berkata serbuan itu dilakukan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin.

“Pemeriksaan terhadap suspek tidak menemui barang terlarang. Tapi, pemeriksaan terhadap kereta menemui dadah jenis heroin dengan anggaran berat 862.32 gram (g) dan syabu (60.80g) yang diletakkan di dalam beg.

“Siasatan awal mendapati suspek mendapatkan bekalan dadah itu daripada lelaki di Jasin, Melaka, untuk diedarkan kepada penagih di sekitar ladang kelapa sawit di FELDA Keratong 9,” katanya.

Katanya, siasatan awal mendapati, suspek yang disahkan positif dadah jenis morfin turut mempunyai tiga rekod lampau membabitkan kes dadah dan jenayah curi.

Beliau berkata, polis turut menyita empat motosikal dan Honda Civic dipercayai barang cagaran dalam urusan jual beli dadah.

Katanya, suspek direman dua minggu di lokap Balai Polis Rompin untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");