Sukan Hari Ini

Chelsea Perlu Bersedia Harungi Cabaran Lebih Besar

LONDON: Antonio Conte memuji kekuatan yang dipamerkan skuad Chelsea yang berjaya mara ke kelompok 16 pasukan terakhir Piala FA dengan kemenangan 4-0 mengatasi Brentford, semalam.

Malah ia mengingatkan pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) itu untuk bersedia berdepan cabaran lebih besar.

Memetik sumber AFP Branislav Ivanovic, yang mungkin diturunkan kali terakhir buat Blues jika laporan mengatakan dia akan berhijrah dari Stamford Bridge pada penghujung perpindahan Januari ini benar mencipta satu gol dan membantu untuk satu lagi gol ketika tampil dari bangku simpanan untuk tempoh 30 minit.

Ketika jaringan minit ke-69 Ivanovic, Chelsea sudah berada 2-0 di depan hasil jaringan babak pertama Willian and Pedro manakala Michy Batshuayi menyempurnakan jaringan menerusi penalti sembilan minit sebelum tamat.

Conte menyuarakan perubahan menjelang perlawanan liga, awal pagi Rabu ini berdepan Liverpool dan pengurus Chelsea itu berkata: “Untuk menang di tempat lawan di Liverpool bukanlah mudah dan kami tewas di tangan mereka di sana.

“Ia akan menjadi perlawanan yang amat mencabar tetapi selepas itu ia akan menjadi 15 perlawanan hingga garisan penamat dan anda perlu meneruskannya untuk menjarakkan kedudukan,” katanya mengenai Liverpool yang kini 10 mata di belakang Chelsea.

Liverpool juga akan ke perlawanan itu selepas disingkirkan daripada Piala FA oleh pasukan divisyen dua, Wolves.

“Mereka akan bertarung hingga penamat,” kata pengendali dari Itali itu. Chelsea kini sudah menang 10 perlawanan berturut-turut di laman sendiri namun Pedro dan Cesar Azipilicueta tampak akan menjadi pemain yang tidak akan disenaraikan Blues bagi saingan di Anfield selepas bermain menentang pasukan tetangga London, Brentford.

Namun pasukan kedua itu ternyata terlalu kuat bagi pasukan Liga Kejuaraan itu yang tidak memiliki jawapan terhadap kelajuan dan pergerakan tuan rumah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");