Sukan Hari Ini

Chong Wei Bersedia Bantu Jurulatih

KUALA LUMPUR:Jaguh perseorangan Badminton negara Datuk Lee Chong Wei menyatakan kesediaannya untuk terus membantu membimbing barisan pemain perseorangan negara yang dilihat berada dalam situasi sukar ketika ini.

Malah Chong Wei sendiri mengakui perkara itu kerana baginya acara perseorangan sememangnya sering diberi tumpuan lebih berbanding yang lain.

“Saya memahami situasi dialami barisan pemain perseorangan kita. Sememangnya ketika ini acara perseorangan berdepan situasi agak sukar.

“Daripada keseluruhan lima acara, tumpuan pastinya lebih diberikan kepada perseorangan lelaki dan wanita. Ia berlaku kepada sukan lain seperti tenis juga.

“Saya harap barisan jurulatih akan berusaha lebih keras membantu barisan pemain perseorangan kita. Tapi segala-galanya bergantung kepada kesungguhan seseorang pemain itu juga.

“Sebagai pemain paling senior, saya harap dapat terus membantu mereka bersama-sama dengan jurulatih,” katanya memetik laporan Arena Harian Metro.

Chong Wei berkata demikian bagi mengulas kenyataan Timbalan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria yang sebelum ini mengakui acara perseorangan ibarat berada dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana tidak mempunyai pelapis berkualiti mampu menggantikan tempat Chong Wei.

Situasi itu jelas dapat dilihat pada Kejohanan Masters Malaysia yang berakhir Ahad lalu apabila tidak ada wakil perseorangan lelaki negara yang berjaya melepasi pusingan ketiga.

Chong Wei mengambil keputusan untuk tidak beraksi di kejohanan itu manakala perseorangan kedua negara Iskandar Zulkarnain Zainuddin menarik diri akibat kecederaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");