Sukan Hari Ini

Conte: Jangan terlalu gembira

PENGENDALI Chelsea, Antonio Conte tidak mahu terlalu gembira dengan rentetan kemenangan demi kemenangan dicipta sekiranya Chelsea gagal menjadi juara Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

“Saya memuji persembahan pemain saya yang memenangi 13 perlawanan liga berturut-turut tetapi ia tiada makna jika tidak berjaya julang trofi.

“Saya mahu semua pemain kekal fokus dan elak tercicir mata selepas ini kerana banyak pasukan lain yang semakin mengejar,” katanya.

Kemenangan 4-2 ke atas Stoke City di Stamford Bridge kelmarin memastikan mereka tanpa kalah dalam 13 perlawanan sejak mengalahkan Hull City 2-0 pada 1 Oktober tahun lalu.

Willian menyumbangkan dua gol untuk Chelsea selain Gary Cahill dan Diego Costa masing-masing satu gol.

Sementara itu, Chelsea juga turut menyamai rekod Arsenal dalam rentetan kemenangan terpanjang dalam satu musim EPL yang dicatat The Gunners pada 2001 lalu.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");