Jenayah

Dua diburu menyamar polis

Kuala Lumpur: Polis memburu dua lelaki berusia 40 dan 39 tahun yang dipercayai terbabit dengan kes penipuan dengan menyamar sebagai pegawai kanan polis.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman berkata, dua individu yang dikehendaki itu dikenali sebagai Premantharan Pillai Vijayantharan dan Gobal Raman.

Katanya, suspek menyamar sebagai pegawai polis dan menawarkan bantuan untuk membebaskan tahanan dari lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Beliau berkata, polis juga sudah menahan dua lelaki berusia lingkungan 20 tahun pada 12 Januari lalu berhubung kes berkenaan.

“Suspek memperkenalkan diri sebagai pegawai kanan polis dengan menghubungi waris tahanan dan meminta sebanyak RM50,000 sebagai wang jaminan melepaskan tahanan.

“Disebabkan keluarga tahanan terpedaya dan terdesak, mereka membuat bayaran sebanyak RM43,050 secara berperingkat ke dalam satu akaun bank. Mangsa kemudian membuat laporan polis selepas menyedari tertipu,” katanya.

Sehubungan itu, polis menyeru orang ramai yang mengenali individu terbabit tampil membantu.

“Maklumat boleh disalurkan kepada Inspektor Mohamad Azhari Abd Aziz di talian 016-2223903 atau tampil ke balai polis berhampiran,” katanya.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");