Sukan Hari Ini

Kuantan FA tekad cipta sejarah

KUANTAN FA optimis merangkul sekurang-kurangnya satu kejuaraan dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2017, lapor ROSILAWATI ROSEDI.

Presidennya, Zaliza Zulkifli berkata, sasaran itu dilihat realistik selain yakin dengan kemampuan barisan pemain yang masih kekal bersama skuad The Seagulls.

Katanya, selain sasaran berkenaan skuad kendalian Zulhamizan Zakaria itu juga mahu muncul lima pasukan terbaik di Liga Perdana.

“Dengan kekuatan pemain tempatan dan muda dengan majoritinya berusia 25 tahun ke bawah, pengurusan percaya dengan kemampuan pemain kali ini yang juga kebanyakannya anak jati Pahang sendiri.

“Dengan iltizam tinggi dalam kalangan pemain dan pengendali pasukan, kita amat yakin dengan sasaran ini boleh tercapai,” katanya dalam sesi pengenalan barisan pemain Kuantan FA serta pelancaran jersi baharu oleh Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Seri Abdul Manan Ismail di Panggung Awam Sungai Lembing, kelmarin.

Sementara itu, Zulhamizan berkata, pasukannya akan menjadikan pentas kempen saingan Piala FA sebagai medan terbaik bagi merealisasikan impian tersebut meskipun mengakui sasaran diletakkan terlalu tinggi.

“Saya akan berusaha untuk memastikan bahawa saingan Liga Malaysia 2017 menjadi sejarah buat Kuantan FA biarpun akui tekanan itu memang ada tetapi ia bukan halangan untuk mencipta kejayaan yang diharapkan,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");