Berita Hari Ini

Dua Kawasan Di Pasir Puteh Dinaiki Air

PASIR PUTEH : Dua kawasan di daerah ini dinaiki air setinggi 0.65 sentimeter petang tadi.

Menerusi satu kenyataan, JKR Pasir Puteh memaklumkan, kawasan yang dinaiki air adalah di Jalan Selising – Kok Lanas berhampiran Kampung Bukit Merbau dan Jalan Terengganu – Kota Bharu berhampiran Kampung Banggol Tiga.

“Di Jalan Selising – Kok Lanas, air telah naik setinggi 0.65 meter sekitar jam 4.15 petang sepanjang  200 meter.

“Jalan tersebut telah ditutup kepada semua jenis kenderaan dan tiada jalan alternatif,”katanya.

Ujar kenyataan itu lagi, paras air semakin meningkat dan papan tanda telah diletakkan.

Sementara itu, di Kampung Banggol Tiga, air mula naik sekitar jam 6 petang dengan ketinggian 0.65 meter.

“Air telah menaiki jalan tersebut sepanjang 300 meter dan jalan tersebut ditutup kepada kenderaan ringan.

“Pengguna boleh menggunakan laluan alternatif iaitu jalan baharu Pasir Puteh ke Tok Bali.

“Air dilaporkan semakin naik dan papan tanda amaran telah diletakkan selain Traffic Management Plan (TMP) dilaksanakan,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");