Jenayah

Beli Nombor Ekor Di Kedai Kanopi

KUALA LUMPUR: Kedai pemasangan kanopi di Wakaf Mempelam di Kuala Terengganu selama ini menyembunyikan aktiviti perjudian nombor ekor akhirnya terbongkar apabila premis itu diserbu penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) dalam Ops Judi, kelmarin.

Memetik sumber Harian Metro, hasil serbuan tersebut lima lelaki berusia antara 27 hingga 59 tahun ditangkap sekitar jam 5.30 petang semalam yang pada ketika itu sedang asyik membeli nombor ekor di premis terbabit.

Ketua Penolong Pesuruhjaya Penguat Kuasa Syariah JHEAT Nik Zulhaiza Ismail berkata, serbuan dilakukan hasil maklumat dan intipan pihaknya setelah sekian lama lokasi itu menjadi tumpuan kaki judi dalam kalangan orang Islam.

Menurutnya, pihaknya terlebih dulu melakukan pemantauan dan mendapatkan maklumat terperinci sebelum menyerbu premis terbabit dan menahan lima lelaki itu.

“Selain menahan lima lelaki itu, kami menyita telefon bimbit, resit jualan nombor ekor dan wang tunai RM96,” katanya.

Nik Zulhaiza berkata, semua yang ditahan dibawa ke Pejabat JHEAT untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 22 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");