Jenayah

Dua pemuda maut kereta langgar pokok getah

MACHANG: Dua pemuda maut apabila kereta yang dinaiki mereka terlibat kemalangan di Kampung Pertok, dekat Temangan,kira-kira jam 7.15 petang, semalam.

Mangsa, Tarmizi Mohd Zin, 32 dan Mahyuddin Mustapha, 26 maut di tempat kejadian selepas kereta yang mereka naiki terbabas dan melanggar pokok getah.

Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan Dzulkifli Ab Ghani berkata, mangsa yang dipercayai dalam perjalanan dari Kampung Pangkal Jenereh ke Temangan itu mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Katanya, seorang lagi rakan mangsa yang juga penumpang belakang mengalami kecederaan ringan.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");