Sukan Hari Ini

Duit FAS Mencukupi Bayar Gaji, Bonus Pemain

KUALA LUMPUR:Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali menegaskan bahawa Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) mempunyai kewangan mencukupi untuk menyelesaikan isu bayaran gaji dan bonus pemain bola sepak negeri itu.

Malah jelasnya FAS juga mempunyai dana lebih RM2 juta dan mampu menyelesaikan bayaran tersebut.

FAS sebelum ini dilaporkan menggesa Azmin dan Amiruddin Shari selaku pengurus pasukan Selangor agar memenuhi janji untuk melangsaikan gaji pemain dan pegawai pasukan bagi November serta bonus kerana mara ke final Piala Malaysia 2016, walaupun mereka melepaskan jawatan sebagai presiden FAS dan pengurus pasukan.

Setiausaha Agung FAS Rosman Ibrahim dilapor sebagai berkata meskipun melepaskan jawatan, kedua-duanya tidak boleh lari daripada tanggungjawab melangsaikan hutang pengurusan FAS.

Sementara itu, Azmin berkata kerajaan negeri menerusi Majlis Bandaraya Shah Alam tidak pernah menyangkal kerja penyelenggaraan di Stadium Shah Alam.

“Stadium Shah Alam memang diselenggarakan, tahun lepas ada beberapa pakej ditender dan dilakukan untuk menukar kerusi penonton dan beberapa kemudahan lain,” katanya memetik sumber Freemalaysiatoday.

Beberapa badan bukan kerajaan meluahkan rasa kecewa dengan keadaan stadium dan mendakwa tiada usaha penambahbaikan dilakukan sejak sekian lama.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");