Berita Hari Ini

LKIM Jalin Kerjasama Banteras Penceroboh

SHAH ALAM : Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) akan mengadakan kerjasama dengan pihak berkuasa terutamanya Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) bagi pencerobohan nelayan asing ke perairan Malaysia.

LKIM menyifatkan, pencerobohan itu boleh mengganggu punca pendapatan dan keselamatan nelayan tempatan.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim berkata, LKIM bersama pemerintahan tertinggi TLDM telah mengambil inisiatif (Strategi Lautan Biru) NBOS dimana menjadi rakan strategik dalam membantu menjaga keselamatan nelayan terutama di perairan negara.

“Saya juga menyokong usaha TLDM dengan Program Rakan Maritim dengan menggalakkan nelayan kita menyertai Rakan Maritim dan Pasukan Simpanan Sukarela TLDM (PSSTLDM),” katanya, lapor Sinar Harian

Katanya, nelayan yang mencari rezeki di laut harus mendapat perlindungan keselamatan terbaik memandangkan mereka menjalankan aktiviti menangkap ikan di perairan negara yang luas tanpa digangu gugat oleh mana-mana pihak.

Oleh itu, beliau menyarankan agar penguatkuasaan maritim diperkasakan agar sumber perikanan negara dapat di lindungi dari kerakusan operasi bot asing dan secara langsung akan meningkatkan sumber pendapatan nelayan tempatan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");