Membawang Hari Ini

Enggan Cerita Kisah Lama

Pelakon Nazeera Sardi lebih selesa ‘mengunci mulut’ apabila ramai yang cuba mengorek rahsia tentang cerita sebenar perhubungannya dengan seorang artis lelaki yang kini sudah berakhir.

Malah baginya apa yang berlaku sudah ketentuan takdir dan dia perlu berlapang dada menerima kenyataan.

“Kami tiada jodoh dan sudah setahun putus cinta. Cuma, orang di luar saja yang tidak tahu perkara sebenar. Nak dikatakan tak sehaluan tidak juga kerana sudah enam tahun kami berkawan.

“Saya percaya dengan ketentuan takdir. Sebenarnya kami tidak pernah bertunang. Tapi orang selalu bertanyakan saya perkara itu.

“Tidak dinafikan kami sudah kenal keluarga masing-masing agak lama. Dia kenal saya sejak saya menuntut di universiti,” katanya memetik sumber Harian metro.

Nazeera yang nama sebenarnya Siti Nazirah Sardi, 30, berkata perkenalan mereka bermula daripada kawan tanpa sengaja dan sejak itu terus bercinta sebelum akhirnya berpisah.

“Saya lihat sukar untuk kami bersama dan nekad ambil keputusan berhenti setakat ini. Tidak dinafikan sesiapa yang bercinta mesti ada impian hendak ke arah yang lebih baik.

“Tapi kalau ia tak sampai ke matlamat sebenar, maknanya Allah aturkan hanya setakat itu dan kita kena positif.

“Kami juga tidak bergaduh dan tiada isu dalam soal ini. Hanya ma–syarakat yang seakan-akan terkejut apabila melihat dia dengan orang lain. Bagi saya, dia berhak untuk bahagia,” katanya.

Nazeera mengakui tidak mahu mengenang perkara yang sudah lalu. Dia lega mengetahui bekas kekasihnya gembira dengan kehidupan sekarang.

“Saya pun berhak untuk berkawan dengan sesiapa sekarang. Semua orang nak bahagia dalam kehidupan.

“Orang di luar tak boleh hidu kerana saya tak suka dengan gosip murahan. Untuk apa saya kongsi apa yang berlaku kerana benda dah lepas.

“Saya tak nak burukkan pihak dia atau saya kerana masing-masing mencari rezeki dalam bidang sama. Kami tiada masalah sekiranya terserempak di mana-mana. Bahkan keluarga kami masih berhubung antara satu sama lain,” katanya.

Bagi Nazeera, tiada apa yang perlu dikesalkan dan fokusnya kini lebih tertumpu pada karier yang semakin rancak berkembang.

“Alhamdulillah, karier saya sekarang stabil. Saya kini sibuk dengan penggambaran drama 30 episod berjudul Pembancuh Kopi Mr Vampire untuk saluran Hypp TV.

“Cerita genre cinta ini diadaptasi daripada novel dan membabitkan pelakon Ungku Ismail sebagai hero serta ramai pelakon lain antaranya Sharifah Shahora, Serina Redzuawan dan Shima Anuar.

“Drama arahan Eira Rahman ini baru sebulan penggambarannya dan kami ada lagi dua bulan untuk menghabiskannya,” katanya.

Sebelum ini, Nazeera terbabit dengan penggambaran telefilem Izinkan Aku Menebus Dosa dan Syurga Di Hujung Jalan yang sudah menemui penonton di TV9.

“Saya gembira kerana mula diberikan pelbagai karakter berbeza dalam lakonan. Sebelum ini, dalam Memori Cinta Suraya saya diberikan watak antagonis.

“Dalam Syurga Di Hujung Jalan pula, saya melakonkan watak isteri yang tabah. Saya memang hendak pelbagaikan watak kerana mahukan kepuasan dalam lakonan.

“Saya juga tidak terikat sebagai residen artis mana-mana pihak kerana lebih selesa bergerak sendiri,” katanya yang pernah membintangi drama Hanya Padamu serta filem CEO.

Sebagai persediaan masa depan, Nazeera membuka butik pakaian Zeyra Boutique di Bangi Sentral, Bandar Baru Bangi yang semakin mendapat sambutan menggalakkan.

Dia juga kini mengikuti pengajian jarak jauh peringkat ijazah Sarjana Jurusan Pentadbiran Perniagaan di Universiti Putra Malaysia bagi memantapkan ilmu perniagaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");