Sukan Hari Ini

Fokus aksi Ireland

Kuala Lumpur: Skuad hoki wanita negara sepatutnya tidak berdepan masalah menewaskan Hong Kong pada perlawanan pertama Kumpulan B, pusingan kedua Liga Hoki Dunia, hari ini.

Ketua jurulatih negara Muhammad Dhaarma Raj Abdullah berkata, Hong Kong hakikatnya bukan menjadi kerisauan sebaliknya fokus lebih terarah kepada pertemuan dengan Ireland pada aksi kedua peringkat kumpulan, Isnin ini.

“Saya masih belum melihat apa-apa mengenai Hong Kong. Tapi yang saya tahu pasukan pembangunan pernah bertemu Hong Kong tahun lalu dan seingat saya kita menang besar.

“Hong Kong layak di kejohanan ini kerana menggantikan Fiji yang menarik diri.

“Jadi di situ, saya harap anda faham di mana kemampuan sebenar Hong Kong.

“Fokus saya adalah untuk layak ke separuh akhir dan tumpuan sebenar lebih terarah kepada Ireland,” katanya.

Jelas Dhaarma, menerusi format pertandingan pusingan kedua ini, semua lapan pasukan yang mengambil bahagian tetap akan layak beraksi di suku akhir.

“Cuma apabila kita menjadi juara kumpulan, ada peluang untuk mengelak pasukan pilihan terutama di separuh akhir,” katanya.

Selain Hong Kong dan Ireland, skuad negara juga diundi bersama Kazakhstan dalam Kumpulan B.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");