Membawang Hari Ini

Gary Muncul Semula Dalam Running Man

KUALA LUMPUR: Pasti ramai yang menantikan khabar gembira ini terutama peminat tegar Running Man.

Gary yang sebelum ini mengambil keputusan meninggalkan Running Man akan kembali menyertai rancangan popular itu.

Terdahulu, kebanyakkan peminat mengakui kecewa apabila Running Man dilaporkan akan ditamatkan pada hujung bulan ini.

Untuk episod akhir, Gary bakal membuat kemunculan istimewa malah ebih menarik, anggota lain tidak tahu kehadirannya.

Penampilan Gary itu adalah yang pertama selepas kali terakhir beraksi menerusi episod 324 selain muncul seketika pada episod 235.

Menurut sumber dalaman, Gary sudah pun menjalani penggambaran untuk episod berkenaan pada 17 Januari lalu.

Episod akhir itu akan ditayangkan pada 29 Januari ini.

“Episod ini akan ditayangkan dua minggu selepas penggambaran dan kandungannya perlu dirahsiakan. Apa yang pasti akan ada banyak kejutan dan rahsia yang akan didedahkan,” kata penerbit Running Man, Lee Hwan jin memetik laporan Harian Metro.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");