Berita Hari Ini

Tiada perantara urusan rayuan haji

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) menegaskan pihaknya tidak pernah melantik mana-mana pihak atau individu sebagai perantara dalam pengurusan berkaitan rayuan haji termasuk rayuan mempercepatkan giliran menunaikan ibadat itu.

Dalam satu kenyataan hari ini, Bahagian Hal Ehwal Awam dan Komunikasi Korporat kumpulan berkata, orang ramai boleh menghantar terus surat rayuan itu ke semua 123 cawangan TH termasuk di Pusat Transformasi Bandar atau melalui pos.

“Pihak TH akan mengeluarkan surat perakuan penerimaan rayuan haji pada tahun semasa kepada mereka dan seterusnya rayuan tersebut akan dimasukkan dalam sistem TH untuk tujuan penilaian,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, TH menasihati orang ramai berwaspada dan tidak terpengaruh dengan mana-mana pihak, syarikat atau individu yang tidak bertanggungjawab yang menawarkan perkhidmatan tersebut dengan bayaran tertentu.

Untuk pertanyaan lanjut, orang ramai boleh hubungi talian khidmat pelanggan TH di 03-62071919. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");