Isu Panas

Jangan Pandang Enteng Kerjasama Tun M, Kit Siang

GUA MUSANG – Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, kerjasama antara bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang, tidak boleh dipandang enteng.

Jelas beliau, sama ada kerjasama itu berkesan atau tidak, ia satu perkara yang sukar untuk digambarkan kerana apa sahaja boleh berlaku.

“Semua kerjasama adalah bagus, namun berkesan atau tidak, kita tengoklah macam mana nanti. Saya bukan ahli nujum untuk meramalkannya.

“Namun, perlu ingat, itu Dr Mahathir, apa sahaja boleh berlaku,” katanya, lapor Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan Majlis Perjumpaan Bersama Warga Hospital Gua Musang, di sini.

Terdahulu, Tengku Razaleigh juga sempat meninjau perjalanan pembinaan Masjid Razaleigh di Mukim Bandar Lama, di sini, yang dijangka siap sepenuhnya Mac tahun hadapan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");