Membawang Hari Ini

Senario Tak Tergugat Kehadiran Pelawak Baharu

PETALING JAYA: Kumpulan Senario tidak pernah berasa tergugat dengan kehadiran ramai pelawak baharu sehingga nama mereka seolah-olah dilupakan.

Salah seorang anggotanya, Azlee atau Mohd Azlee Jaafar, 50, berkata, sebagai sebuah kumpulan yang sudah bertapak selama 20 tahun tidak ada apa lagi yang perlu mereka buktikan selain perlu menerima hakikat kitaran populariti seseorang artis.

“Pada saya tidak perlu kami berasa tergugat kerana kami sudah lakukan semua perkara yang bakat-bakat baharu ini lakukan cuma pendekatannya sahaja berbeza.

“Soal dilupakan atau pun tidak bukan isu kerana ia kitaran biasa bagi seseorang selebriti dan kami menerima hakikat itu,” katanya kepada mStar Online.

Azlee ditemui pada sidang media pelancaran muzik video SenarioToons nyanyian kumpulan Lawa Nie Gang di pejabat Warner Music di sini, Jumaat.

Ia adalah lagu tema siri animasi SenarioToons yang diadaptasi daripada kisah kumpulan Senario.

SenarioToons ditayangkan menerusi slot Bananana setiap Sabtu, pukul 9.30 pagi sejak Ogos tahun lalu di TV3.

Dalam pada itu, Azlee berkata, sebagai ‘orang lama’ dalam industri komedi mereka berasa gembira apabila melihat ramai bakat-bakat baharu mula muncul dengan bakat luar biasa.

Katanya lagi, pelawak generasi baharu ini adalah pelapis pada masa hadapan selain ia bukti industri komedi di negara ini semakin berkembang.

“Jika kita lihat pelawak-pelawak generasi terdahulu ramai yang sudah tiada dan kami Senario selain beberapa pelawak yang datang dari zaman kami juga kebanyakannya sudah berusia.

“Wajah-wajah baharu inilah yang akan memeriahkan industri komedi dan jika kita lihat ia sangat berkembang pesat pada hari ini.

“Sebagai ‘orang lama’ saya gembira melihat perkembangan ini dan berharap ia akan berterusan,” ujarnya.

Tambah Azlee, mereka juga tidak mempunyai sebarang masalah sekiranya diminta bekerjasama dengan pelawak baharu sekiranya diberi peluang.

-mStar Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");