Jenayah

Jatuh tingkat 14 sangkut aras 6

Kuala Lumpur: Mayat seorang lelaki ditemui di tingkat enam, Menara Selatan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini, jam 2 petang semalam, selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 14 pusat perubatan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Sharul Othman Mansor berkata, mayat mangsa ditemui kakitangan PPUM. Mangsa meninggal dunia akibat parah di kepala serta badan.

“Mangsa dipercayai terjatuh antara jam 12 tengah malam hingga jam 5 pagi berdasarkan keadaan mayatnya yang berbau dan kembung.

“Anggota forensik yang menjalankan siasatan di lokasi menemui satu kesan cap jari di cermin di tingkat 14. Pihak forensik juga mengesahkan tiada unsur jenayah berdasarkan pemerhatian yang dilakukan ke atas badan mangsa,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, temu bual bersama saksi yang bertugas sebagai jururawat mendapati mangsa pernah menerima rawatan di PPUM pada Ogos tahun lalu kerana cubaan bunuh diri dengan meminum bahan berbahaya.

“Mangsa kemudiannya melarikan diri dan laporan polis dibuat oleh pihak hospital berkaitan kejadian terbabit.

“Mangsa bercerai dengan isteri pada Februari 2016. Mangsa pernah menjalani rawatan mental di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebelum mereka berkahwin pada Mac 2015,” katanya.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");